Interaktif label

Selasa, 11 Januari 2011

BAB 2: AL-QUR'AAN MENUNJUKKAN LOKASI ASHABUL KAHFI

Mari kita mulakan dengan ayat ini :

17. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong menghampiri dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.


18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur; Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.

Surah al-Kahfi ayat 17 dan 18

Huraian

1. Seperti yang telah penulis nukilkan dalam halaman blog pada bulan yang lalu, bahawa setiap hizb dan setiap juzuk dalam al-Qur’an itu boleh memberikan tafsiran kepada peristiwa-peristiwa yang telah dan akan berlaku pada masa-masa yang lalu dan akan datang.

2. Namun apakah pula peristiwa yang akan berlaku jika tafisran bagi bulan Hijriah dan Bulan Masihi bertemu dalam satu ayat.

Pertembungan tarikh masihi dan tarikh hijri

1.
Pertembungan berlaku di antara bahagian ke 2 dalam hizib ke 30. Dalam ayat bahagian ke 2 dalam hizib ke 30 tersebut, penggunaan bulan Masihi dan bulan Hijriah boleh digunakan untuk satu ayat sahaja.

Ayat tersebut boleh digunakan untuk menunjukkan kejadian itu berlaku pada setiap awal bulan April pada setiap tahun. Kerana ia terletak pada bahagian ¼ atau bahagian kedua dalam hizib 30.

Namun apabila dilihat hizibnya ia terletak dalam hizib ke 30. Maka ia boleh juga digunakan untuk bulan ke empat atau bulan April untuk setiap tahun Masihi yang mempunyai tarikh hujung 30 ataupun setiap bulan Rabi’ul Akhir untuk tarikh yang menyebutkan angka 30 tahun pada hujungnya.

Walaubagaimanapun oleh kerana ia berhubung rapat dengan matahari, maka bulan April hendaklah lebih diutamakan dan dipakai setiap tahun. Manakala bulan Rabi’ul Akhir pula bolehlah menjadi rujukan dan boleh digunakan apabila tarikh tahun hijrah mempunyai nombor 30 pada hujungnya dan bulan Rabi’ul akhir pada ketika itu seiringan dengan bulan April.

Bulan Rabi'ul Awwal pada tahun hijriah yang bernombor 30 tidak pernah hampir dengan 1 April

Dalam kajian penulis sendiri, terbukti dalam sejarah sejak zaman Nabi Muhammad saw hingga sekarang, bulan ke 4 iaitu bulan Rabi’al-Akhir dalam Taqwim Islam yang terjadi pada setiap tahun ke 30 hijrah, tidak pernah terjadi sangat hampir hingga begitu bertepatan dalam bulan ke 4 Masihi iaitu bulan April setiap tahun, melainkan pada tahun 1430 hijrah yang akan datang ini, iaitu berbeza 3 hari sahaja dari tarikh-tarikh yang lain. Buktinya ialah seperti yang terdapat dalam Taqwim berikut:-

Susunan diatas menunjukkan kejadian di mana keadaan Taqwim matahari dan bulan akan bertemu di garisan yang hampir sama pada bulan 28 April 2009 bersamaan dengan 1 Rabi’ al-Akhir 1430.

Namun begitu pada tahun 6 - 4 - 2106 bersamaan 1 Rabi’ al-Akhir 1530H, Matahari akan melebihi garisan di atas garis Taqwim 1- 4 Hijriah dari semenjak zaman Nabi Muhammad saw. Ini bererti juga ayat al-Qur’an di dalam surah al-Kahfi yang berbunyi:

Bermaksud : "Engkau lihat matahari apabila ianya terbit dari sebelah kanan"

Pada pendapat penulis apabila tahun hijrah melepasi tahun 1430 Hijriah, maka berkemungkinan ayat di atas tidak lagi dapat di tafsirkan seperti di atas, kerana selepas tahun 1430 Hijrah yang akan datang ini, tahun-tahun Hijriah yang mempunyai angka 30 pada hujungnya, bulan Rabi’ul Akhirnya akan mempunyai matahari yang terletak di utara bumi dan bulan April akan terjadi sebelum bulan Rabi’ul Akhir iaitu bulan ke empat Islam.

Kerana bulan-bulan dalam Taqwim Islam lebih cepat 11 hari setiap tahun dari Taqwim Masihi. Bulan-bulan dalam Taqwim Islam mempunyai 354 hari, manakala bulan-bulan dalam Taqwim Masihi mempunyai 365 atau 366 hari.

Sejak dari zaman Nabi Muhammad saw lagi, bulan Rabi’ul Akhir yang mempunyai angka 30 tahun pada hujungnya akan mempunyai matahari yang terletak di selatan bumi dan bulan Aprilnya pula berlaku selepas bulan Rabi’ul Akhir. Oleh itu pada masa akan datang, apabila bertemu dengan 1 Rabi’ul Akhir 1530, maka matahari pada ketika itu akan berada di utara gua. (sila lihat semula jadual di atas)

Penunjuk yang istimewa ini pada pendapat penulis, besar kemungkinan bererti ianya adalah penunjuk garisan di mana sepatutnya Ashabul Kahfi itu berada sudah hampir pada penamatnya. Dan apabila ia tidak dijumpai pada tahun 1430H ini maka berkemungkinan ia akan bermakna, penunjuk jalan itu akan hilang dan tempat di mana Ashabul Kahfi itu berada mungkin tidak akan dijumpai selama-lamanya.

Bersambung InsyaAllah..

Isnin, 10 Januari 2011

BAB 1: KEAJAIBAN AYAT 18 SURAH AL-KAHFI



Marilah sama-sama mempelajari perkara-perkara yang telah penulis selidiki di bawah ini:

Keajaiban Ayat 18 Surah al-Kahfi. Perkara yang ajaib dalam petunjuk ini pada penulis ialah, sebelum tahun 1300 Masihi penulis berpendapat bahawa Pulau Borneo masih belum wujud. Sebab-sebabnya ialah kerana adanya perkara-perkara berikut:

1. Rakyat dikeseluruhan Pulau Borneo Cuma 16 juta orang sahaja. Sedangkan di Filipina rakyatnya menjangkau 80 juta. Pulau jawa menjangkau 200 juta, Sumatera menjangkau 60 juta dan Malaysia Barat mengjangkau 22 juta. Kenapakah rakyat di Borneo amat sedikit, sedangkan pulau Borneo adalah merupakan pulau yang terbesar sekali di Asia Tenggara.Adakah perkara ini terjadi hanya kerana tanah di Pulau Borneo tidak subur, seperti pulau-pulau yang lain. Atau adakah kerana penghijrahan penduduk itu hanya mengikut khabar-khabar angin sehingga jika tidak ada khabar tentang suatu tempat yang subur, maka orang tidak ada keinginan untuk berhijrah ke tempat itu. Atau adakah suatu kabus atau suatu pendinding yang menghalang penglihatan pelaut untuk pergi ke Pulau Borneo sebelum itu.

2. Sebelum tahun 1540 penulis dapati Pulau Borneo tidak terlukis dalam mana-mana peta. Dan sebelum tahun 1570 Pulau Borneo tidak dilukis seperti bentuk yang betul.

3. Marcopolo yang belayar dari China ke Sumatra tidak mengetahui mengenai Borneo. Marcopolo melayari Laut China Selatan pada akhir abad ke 13. Ibnu Batutah juga tidak menjumpai Borneo. Sedangkan Ibnu Batutah telah belayar dari Utara Sumatera hingga ke Sulawesi.

4. Pantai-pantai berpasir putih seperti salji.

5. Tidak ada tanda-tanda kehidupan di Pulau Borneo sebelum tahun 1200M. Dan tidak ada sejarah raja-raja atau bangunan-bangunan atau tanda-tanda yang utuh seperti batu dan lain-lain yang mengatakan adanya pemerintahan sebelum 1200 Masihi.

6. Walaubagaimanapun setelah dikaji peta-peta dunia yang dilukis sejak zaman dulu. Maka penulis pada awalnya berpendapat bahawa peta-peta dan petunjuk-petunjuk yang lain itu tidak dapat memberikan petunjuk apa-apa, selain dari kekaburan belaka semata-mata.

7. Oleh itu penulis mula berpendapat bahawa tidak ada petunjuk yang lebih tepat dan Istimewa dari petunjuk yang diberikan di dalam al-Qur`aan. “Bukankah Allah swt telah memberitahu Nabi Muhammad saw mengenai dengan wujudnya pulau yang berupa seperti anjing itu di sebelah timur. Maka bukankah itu petunjuk sebenar yang mengatakan bahawa Pulau Borneo sudah ada dari semenjak zaman Nabi Muhammad saw.”

Huraian

1. Namun begitu penulis masih sentiasa berfikir kenapakah ada keganjilan-keganjilan yang penulis nyatakan seperti di atas terjadi.

2. Semasa menulis kitab ini, penulis tidak mengetahui apa maksud sebenar keajaiban-keajaiban itu. Tetapi Al-Hamdulillah dan segala puji hanya bagi Allah swt sahaja, setelah beberapa hari memikirkan dan mencari perkara ini dalam internet, penulis dapati bahawa memang ada kebenarannya pendapat penulis bahawa Pulau Borneo itu besar kemungkinan belum lagi wujud sebelum tahun 1200M. Ataupun masih lagi berbentuk pulau yang kecil sahaja.

3. Bukti kenyataan ini ialah, keadaan Pulau Sulawesi yang sentiasa berubah dari penghujung abad ke 18 sehinggalah sekarang ini. Penulis telah melihat sebelum pertengahan abad ke 18, Bentuk ‘R’ atau ‘F’ atau ‘K’ yang terdapat pada Pulau Sulawesi masih belum terbentuk.

4. Bukankah ayat yang mengatakan mengenai anjing dalam surah al-Kahfi itu terletak di dalam ayat ke 18 dan bukankah juga surah al-Kahfi terletak dalam susunan surah yang ke 18 dalam kitab al-Qur`aan?

5. Jika bentuk ‘R’ atau ‘F’ atau ‘K’ yang menyerupai kaki anjing bagi Pulau Borneo belum terbentuk, bermakna gambaran anjing yang menghalakan kakinya ke hadapan yang terdapat dalam al-Qur`aan adalah merupakan suatu perkara yang pasti terjadi pada masa hadapan dan gambaran bentuk anjing yang menghalakan kaki kehadapan itu bukanlah gambaran yang telah terjadi semasa zaman Nabi Muhammad saw.

6. Oleh itu, dengan rasa syukur dan ta’jub kepada Allah swt, penulis nyatakan kepada pembaca semua, bahawa pendapat penulis mengenai pulau Borneo belum wujud sebelum abad ke 13 berkemungkinan lebih hampir kepada kebenaran. Jika perkara ini betul maka ianya adalah dari Allah swt tetapi jika salah maka ianya daripada penulis. Allahu Akbar!

7. Kenyataan penulis mengenai Pulau Sulawesi ini akan pembaca temui nanti di dalam kitab ini secara khusus. 

Kajian Intensif Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Untuk pertama kalinya saya mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi yang saya percaya ianya mempunyai kebenaran walaupun tidak 100% benar. Semoga segala perkara yang baik itu dapat diambil dengan sikap terbuka khususnya kepada remaja-remaja diluar sana.

Saya teruskan pada tujuan utama kita, iaitu hikmah dan pengajaran yang tersirat disebalik Surah Al-Kahfi. Semua maklum bahawa Rasullah S.A.W telah mengingatkan umat akhir zaman agar membaca surah Al-Kahfi pada setia malam jumaat, menghafal dan membaca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir sebelum tidur. Jika difikirkan, apakah tujuan utama saranan baginda kepada umat akhir zaman untuk mengamalkan apa yang saya sebutkan diatas??

Sudah tentu ianya mempunyai mesej yang penting yang ingin di sampaikan oleh baginda kepada umat akhir zaman (sape lagi kalau bukan kita). Kenapa saya begitu pasti yang kita adalah umat akhir zaman? Itu panjang ceritanya. Saya harap para pembaca bolehlah mebuat kajian sendiri (kalaulah berminat).

Jadi sebagai pengenalan atau permulaan kepada topik ini, saya ingin menyenaraikan ciri-ciri surah Al-Kahfi:

1. Surat ini terdiri atas 110 ayat

2. Termasuk golongan surat-surat Makkiyyah.

3. Dinamakan Al-Kahfi yang bermaksud Gua dan Ashhabul Kahfi yang maksudnya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surat ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandung i'tibar dan pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Banyak hadist-hadist Rasulullah s.a.w. yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

Isi-isi penting:

1. Keimanan:

a. Kekuasaan Allah swt untuk memberi daya tahan hidup pada manusia di luar hukum kebiasaan: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah s.w.t. tidak berubah untuk selama-lamanya.

b. Kalimat-kalimat Allah (ilmu-Nya) amat luas sekali, meliputi segala sesuatu, sehingga manusia tidak mampu buat menulisnya. Kepastian datangnya hari berbangkit.

c. Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih dari kekacauan dan kepalsuan.

2. Hukum-Hukum:

a. Dasar hukum wakalah (berwakil).

b. Larangan membangun tempat ibadah di atas kubur.

c. Hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan karena lupa adalah dimaafkan.

d. Kebolehan merusak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.

3. Kisah-Kisah:

a. Cerita Ashhabul Kahfi;

b. cerita dua orang laki-laki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin;

c. cerita Nabi Musa a.s. dengan Khidhr a.s.;

d. cerita Dzulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.

4. Dan lain-lain:

a. Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surat ini antara lain tentang kekuatan iman kepada Allah swt serta ibadah yang ikhlas kepadaNya;

b. kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru;

c. dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

Jadi kesimpulannya, disebalik ayat-ayat di dalam surah ini, ianya mempunyai makna yang tersirat yang mana saya akan cuba mengaitkan rahsia-rahsia surah ini dengan situasi di nusantara terutamanya Malaysia. Hah! Malaysia?? Yea Malaysia!

Bersambung InsyaAllah..

Bicara Santai dan Berjalan bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Satu Belia, Satu Malaysia buat rakan2 yang dihormati,

Dengan segala hormatnya dijemput semua rakan-rakan yang mempunyai kelapangan untu...k bersama-sama dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dalam program "Bicara Santai dan Berjalan bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia".

Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Sekitar Taman KLCC
Masa : 4.30 Ptg - 7.00 Ptg
Jenis Program : Tidak Formal
Pakaian : Tidak Formal tetapi Bersopan (pakaian sukan digalalakkan)
Tempat Rujukan/Pertanyaan : Pondok Pengawal Taman KLCC

Tentatif Ringkas :
4.30 Ptg : Ketibaan Peserta
4.45 Ptg : Ketibaan Menteri
4.45 Ptg - 6.00 Ptg : Bicara Santai bersama Menteri
(boleh bertanya dan berbincang bersama menteri dalam apa jua tajuk tanpa protokol tetapi tetap menjaga adab kesopanan dan kesusilaan)
6.00 Ptg - 7.00 Ptg : Berjalan bersama menteri mengelilingi Taman KLCC
7.00 Ptg : Solat Maghrib di Masjid As-Syakirin dan Bersurai

YB. Dato' Seri sangat berbesar hati sekiranya lebih ramai remaja dan belia yang sudi hadir..jgn Bimbang..TIADA PROTOKOL HANYA KESOPANAN DAN KESUSILAAN ANDA YANG DIPERLUKAN.

Kalian digalakkan membawa "Snack" atau apa saja makanan yang bersesuaian untuk dinikmati bersama menteri.Kerana program ini tidak menyediakan makanan,tambang,t-shirt dll...hanya perlukan kalian untuk hadir dan "lepak"bersama menteri.

Hubungi saya sekiranya ada persoalan : Suhail@Jebat : 019-2670609
Anjuran : Pertubuhan Anugerah Belia Emas ARP
See More

Jumaat, 19 Mac 2010

Lembaran baru 2010

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah memberikan kesedaran dan kesempatan kepadaku untuk bangun dan menyusun atur semula perjalanan hidup ini kearah jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Setelah sekian lama lena dibuai mimpi duniawi yang bersifat sementara, Allah telah memberi panduan kepada ku untuk menuju kearah keredhaanNya, InsyaAllah. Biasalah diperingkat permulaan, semua perkara dilakukan tidaklah sempurna. Aku berharap moga dengan limpah dan kurniaanNya dapat membantu aku dalam menyusun semula langkah perjuanganku sebagai individu muslim yang ingin mencari keredhaanNya di dunia dan akhirat. Tahun 2010 memberi makna besar dalam sejarah kehidupanku dimana kesedaran untuk melakukan perubahan yang lebih baik daripada kehidupan sebelum ini.

Sesungguhnya Allah tidaklah menzalimi hamba-hambaNya untuk memberi petunjuk (Hidayah) jika mereka menghendaki dan berusaha mendapatkannya dan merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri jika mereka tidak mencari petunjuk tersebut.

Akhir kata, aku berharap Allah akan sentiasa melindungiku, merahmati & meredhai kehidupanku, memberi petunjuk dan mendidikku kearah kebaikan, memperkuatkan keazaman & memberi kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri, dan membuka jalan kepadaku untuk mempelajari ilmu agama & ilmu duniawi. Semoga aku akan ditempatkan bersama-sama para nabi, alim-ulama, dan orang-orang soleh di akhirat nanti.

Sabtu, 14 November 2009

Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;


"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.


Beritindaklah sekarang untuk menyelamatkan GAZA



Ya Allah, selamatkanlah saudara2 kami di Palestine, hancurkan tentera Kuffar! Amin..