
Blog ini ingin membawa satu cetusan didalam setiap pemuda-pemuda Melayu Islam supaya memikirkan dan mengenegahkan idea-idea yang bernas berdasar hujah yang intelektual dan komprehensif untuk membangkitkan pemuda Malaysia kearah generasi yang dapat membawa pembaharuan dalam setiap aspek kehidupan kearah kebangkitan Islam secara total
Isnin, 10 Januari 2011
BAB 1: KEAJAIBAN AYAT 18 SURAH AL-KAHFI
Marilah sama-sama mempelajari perkara-perkara yang telah penulis selidiki di bawah ini:
Keajaiban Ayat 18 Surah al-Kahfi. Perkara yang ajaib dalam petunjuk ini pada penulis ialah, sebelum tahun 1300 Masihi penulis berpendapat bahawa Pulau Borneo masih belum wujud. Sebab-sebabnya ialah kerana adanya perkara-perkara berikut:
1. Rakyat dikeseluruhan Pulau Borneo Cuma 16 juta orang sahaja. Sedangkan di Filipina rakyatnya menjangkau 80 juta. Pulau jawa menjangkau 200 juta, Sumatera menjangkau 60 juta dan Malaysia Barat mengjangkau 22 juta. Kenapakah rakyat di Borneo amat sedikit, sedangkan pulau Borneo adalah merupakan pulau yang terbesar sekali di Asia Tenggara.Adakah perkara ini terjadi hanya kerana tanah di Pulau Borneo tidak subur, seperti pulau-pulau yang lain. Atau adakah kerana penghijrahan penduduk itu hanya mengikut khabar-khabar angin sehingga jika tidak ada khabar tentang suatu tempat yang subur, maka orang tidak ada keinginan untuk berhijrah ke tempat itu. Atau adakah suatu kabus atau suatu pendinding yang menghalang penglihatan pelaut untuk pergi ke Pulau Borneo sebelum itu.
2. Sebelum tahun 1540 penulis dapati Pulau Borneo tidak terlukis dalam mana-mana peta. Dan sebelum tahun 1570 Pulau Borneo tidak dilukis seperti bentuk yang betul.
3. Marcopolo yang belayar dari China ke Sumatra tidak mengetahui mengenai Borneo. Marcopolo melayari Laut China Selatan pada akhir abad ke 13. Ibnu Batutah juga tidak menjumpai Borneo. Sedangkan Ibnu Batutah telah belayar dari Utara Sumatera hingga ke Sulawesi.
4. Pantai-pantai berpasir putih seperti salji.
5. Tidak ada tanda-tanda kehidupan di Pulau Borneo sebelum tahun 1200M. Dan tidak ada sejarah raja-raja atau bangunan-bangunan atau tanda-tanda yang utuh seperti batu dan lain-lain yang mengatakan adanya pemerintahan sebelum 1200 Masihi.
6. Walaubagaimanapun setelah dikaji peta-peta dunia yang dilukis sejak zaman dulu. Maka penulis pada awalnya berpendapat bahawa peta-peta dan petunjuk-petunjuk yang lain itu tidak dapat memberikan petunjuk apa-apa, selain dari kekaburan belaka semata-mata.
7. Oleh itu penulis mula berpendapat bahawa tidak ada petunjuk yang lebih tepat dan Istimewa dari petunjuk yang diberikan di dalam al-Qur`aan. “Bukankah Allah swt telah memberitahu Nabi Muhammad saw mengenai dengan wujudnya pulau yang berupa seperti anjing itu di sebelah timur. Maka bukankah itu petunjuk sebenar yang mengatakan bahawa Pulau Borneo sudah ada dari semenjak zaman Nabi Muhammad saw.”
Huraian
1. Namun begitu penulis masih sentiasa berfikir kenapakah ada keganjilan-keganjilan yang penulis nyatakan seperti di atas terjadi.
2. Semasa menulis kitab ini, penulis tidak mengetahui apa maksud sebenar keajaiban-keajaiban itu. Tetapi Al-Hamdulillah dan segala puji hanya bagi Allah swt sahaja, setelah beberapa hari memikirkan dan mencari perkara ini dalam internet, penulis dapati bahawa memang ada kebenarannya pendapat penulis bahawa Pulau Borneo itu besar kemungkinan belum lagi wujud sebelum tahun 1200M. Ataupun masih lagi berbentuk pulau yang kecil sahaja.
3. Bukti kenyataan ini ialah, keadaan Pulau Sulawesi yang sentiasa berubah dari penghujung abad ke 18 sehinggalah sekarang ini. Penulis telah melihat sebelum pertengahan abad ke 18, Bentuk ‘R’ atau ‘F’ atau ‘K’ yang terdapat pada Pulau Sulawesi masih belum terbentuk.
4. Bukankah ayat yang mengatakan mengenai anjing dalam surah al-Kahfi itu terletak di dalam ayat ke 18 dan bukankah juga surah al-Kahfi terletak dalam susunan surah yang ke 18 dalam kitab al-Qur`aan?
5. Jika bentuk ‘R’ atau ‘F’ atau ‘K’ yang menyerupai kaki anjing bagi Pulau Borneo belum terbentuk, bermakna gambaran anjing yang menghalakan kakinya ke hadapan yang terdapat dalam al-Qur`aan adalah merupakan suatu perkara yang pasti terjadi pada masa hadapan dan gambaran bentuk anjing yang menghalakan kaki kehadapan itu bukanlah gambaran yang telah terjadi semasa zaman Nabi Muhammad saw.
6. Oleh itu, dengan rasa syukur dan ta’jub kepada Allah swt, penulis nyatakan kepada pembaca semua, bahawa pendapat penulis mengenai pulau Borneo belum wujud sebelum abad ke 13 berkemungkinan lebih hampir kepada kebenaran. Jika perkara ini betul maka ianya adalah dari Allah swt tetapi jika salah maka ianya daripada penulis. Allahu Akbar!
7. Kenyataan penulis mengenai Pulau Sulawesi ini akan pembaca temui nanti di dalam kitab ini secara khusus.