Interaktif label

PR

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini pula, pengenalan kepada diri saya selaku pemilik blog ini. Selaku penulis (owner), saya bertanggungjawab terhadap segala penulisan yang terdapat pada artikel saya. Jadi dengan pendedahan tentang identiti asas ini dapat mengurangkan syak wasangka atau fitnah yang mungkin terjadi antara penulis dengan para pembaca. Sudah tentu, ruangan ini banyak berkisar tentang diri yang serbah kekurangan ini, harap segala salah silap, ter"belagak" sangat, dan kepoyoan harap dimaafkan. :P

Ianya bermula tanggal 08 Oktober 1987 di HBKL, lahir dibumi ini "beruniformkan" ISLAM seterusnya memikul tanggungjawab sebagai seorang insan yang wajib meneruskan perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad bin Abdullah. Baginda telah pun 14 abad lamanya kembali ke hadrat Yang Maha Esa dan meninggalkan Al-Quran dan Sunnahnya sebagai panduan ku meneruskan hidup sebagai hamba Allah.

Nama diberi Syed Abdul Hadi, diberikan oleh Syed Malick ayahnda yang telah dicadangkan oleh bonda Zamilah namanya. Anak ke-2 dari 9 orang adik beradik (asalnya 10, seorang telah kembali kerahmatullah). Bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang di dalam golongan pertengahan, lelaki (rijal), sihat tubuh badan dan banyak lagi. Menetap di Jalan Laksamana off Jalan Cochrane K.L hampir kurang 17 tahun lamanya.

Pendidikan peringkat rendah di SRK Yaacob Latif (2) Jalan PeeL KL, bersekolah agama (petang) di SA Attaufiqqiyah di kawasan berdekatan rumah. Melanjutkan pendidikan menengah di SMU(A) Darul Anwar Kota Bharu Kelantan dan berpindah ke Maahad Muhammadi (L) Pengkalan chepa Kelantan. Kiranya produk Tok Guru la ni.. Alhamdulillah.. InsyaAllah akan meneruskan perjuangan Tok Guru walaupon berada dalam jemaah yang berbeza, yang pasti matlamat yang sama.

Diperingkat tinggi, telah ditakdirkan meneruskan pelajaran di dalam kos Diploma Farmasi di Management & Science Universiti (MSU) Syeksyen 13 Shah Alam selama 3 tahun. Walaupun dah menghabiskan kos ni dengan sempurna, tapi sebenarnya saya kurang berminat kos Health Science ni, tapi dulu dah tersilap ambil dan terus berjuang sehingga ketitisan terakhir. Fuyoo.. Sekarang meneruskan pembelajaran di Peringkat Ijazah dalam Komputer Sains di Universiti yang sama.