Interaktif label

Sabtu, 25 Oktober 2008

I'm on duty

Thank to Allah give me more chance to do something useful during my restime on semester gap. For now, i just apply to work in cybercafe cafe near my house... i'm lucky meet with my friend's Arif.. He's person who help me to apply this job... coincidentally, he's one who responsible to find new workers in our company... its begin with simple friendship with us.... during my schooling age about 5 year before, i'm always come to this cybercafe to play games, at that time he's men who in charge as customer service (cashier).. but recently, he's one of head of supervisor in all branches this cc.

This job not too hard for me.. simple and easy role, i just need to hold cashier, help customer in certain case and clean and tidy up table and rubbish. As a consideration, i can play game with high connection speed and very good graphic resolution. in addition, there are various games here.. hehehe.... too much... yea i know, i can't get it in my own computer.. sobsob...

But , i'm really buzzing because i can't training Company of Heroes.. if i can... while semester holiday end up, i'll beat amir 1 on 1... i'm really resentful with this guy, but at same time i'm really proud with fully respected on his skills, he's one gamer that have good skill's in strategy games i never seen before...

Lastly, i hope that i can get something useful knowledge, experience, or new skill to my future life.... that's all for today...

Selasa, 21 Oktober 2008

Pengenalan blog Generasi Pembaharuan Malaysia

Assalamualaikum pembuka bicara;

Untuk pertama kalinya ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana telah mengilhamkan kepada saya untuk menulis blog ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan pengorbanan beliau lakukan pada masa hidupnya, tersebarlah risalah murni yang dapat membentuk jiwa-jiwa yang menyembah pada Tuhan Yang Esa.

Pengenalan kepada Blog Generasi Pembaharuan Malaysia!

1) Objektif blog ini ditubuhkan adalah untuk membawa satu agenda baru, pemikiran baru, penghayatan baru, dan cetusan pemikiran yang matang dan membina kepada jiwa pemuda-pemuda Melayu Islam kearah kebangkitan untuk Era Pembaharuan.

Apakah Era Pembaharuan??

Era Pembaharuan yang saya maksudkan ialah satu kebangkitan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan pemuda-pemuda Melayu Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah secara komprehensif. Pada Era Pembaharuan ini, pemuda-pemuda Melayu Islam sudah bersedia dari segi pemikiran, rohani, jasmani, perasaan, dan sosial untuk merencana satu kebangkitan pemuda melayu untuk memperkukuhkan kedaulatan agama, bangsa seterusnya negara dari aspek ekonomi, sosial, kebudayaan, politik dan banyak lagi.

Selain itu, saya juga ingin berperanan membawa pemuda-pemuda kearah kesedaran untuk bangkit dari semua aspek kehidupan dari peringkat individual, keluarga, masyarakat, bangsa, seterusnya negara kearah perpaduan yang kukuh berlandaskan "1 TUHAN 1 RASUL 1 RISALAH"

2) Blog ini tidak hanya gah pada namanya sahaja, tetapi saya memang komited untuk berkongsi dan mencetuskan satu idea yang besar dan cuba membawa aliran pemikiran baru kearah perpaduan Umat Islam umumnya, Melayu Islam khususnya. Idea-idea yang diketengahkan seperti memupuk kefahaman tentang asas-asas agama, khidmat nasihat melalui artikel motivasi kearah kecemerlangan, mengariskan penyelesaian kepada isu-isu semasa berkaitan dengan ummah dan bangsa dan banyak lagi. Blog ini cuba mendorong pemikiran pembaca muslim kearah:
  • Kesedaran untuk kembali kepada jalan yang diredhai oleh Allah.

  • Kesedaran dan keyakinan terhadap setiap individu muslim bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna dan wajib diaplikasikan dalam setiap aspek kehidupan secara 'moderate'; iaitu bawaan salafi, 'abid yang taat, berjemaah.

  • Memupuk semangat jati diri sebagai seorang melayu muslim yang cintakan agama, bangsa dan negara.

  • Perpaduan melayu merupakan teras untuk tercetusnya kebangkitan umat Islam di nusantara kerana bangsa melayulah dominan dan sangat sinonim dengan bangsa yang membawa Islam di Malaysia khususnya, umumnya di nusantara ini.


3) Untuk menggenengahkan ideologi ini, saya bukanlah berseorangan dalam memperjuangkannya tetapi masih ramai lagi pemuda-pemuda Melayu Islam tampil untuk membawa agenda 'Era Pembaharuan' ini kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda. Selain itu, terdapat pergerakan-pergerakan kotemporari yang telah mengariskan dan menjalankan ideologi ini dari peringkat permulaan dan berhasrat untuk menjayakannya hingga keperingkat terakhir, antara NGO yang terkehadapan untuk merealisasikan agenda besar ini ialah IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA). InsyaAllah saya akan membawa para pembaca untuk memahami protokol-protokol untuk memperjuangkan ideologi diatas.

4) Pembawaan maklumat dan pengisian di dalam blog ini meliputi setiap aspek kehidupan sebagai individu muslim, pembentukan sahsiah, siasah bersifat global, motivasi diri, pembentukan SuperMuslim, fikrah generasi yang memimpin, pembentukan jati diri sebagai seorang pemuda Melayu Islam, persediaan kearah kebangkitan dan penyatuan Islam keperingkat global. Segala maklumat yang diperolehi atau dibincangkan disini adalah hasil melalui kajian yang komprehensif, perbincangan ilmiah dan pandangan persendirian. Asas-asas kepada ledakan Era Pembaharuan ini berdasarkan rumusan dan ulasan dari Himpunan Risalah Hassan Al-Banna.

5) Peringatan kepada para pembaca, walaupun segala maklumat yang dibincangkan disini boleh dikatakan pemikiran Era Pembaharuan, akan tetapi saya tidak akan taksub dengan segala perkara yang saya tuliskan, malah bersedia dan terbuka untuk menerima idea yang lebih bernas, pembetulan dan cadangan yang membina. Selain itu, pandangan-pandangan disini bukan bersifat perkauman jahil tetapi ingin memupuk semangat cintakan bangsa dan membina jati diri sebagai seorang individu yang mempunyaipendirian yang terguh dan kukuh sebagai seorang Melayu Islam. Pandangan politik disini juga bersifat 'real politik' iaitu politik yang mana Rajanya ialah Allah, parti politiknya dipimpin oleh Para Rasul (pihak yang benar) dan Syaitan (pihak yang batil), perlembagaannya ialah Al-Quran dan As-sunnah dan agamanya adalah Islam. Pengikut yang mengikuti Rasul-rasulNya di gelar sebagai mukmin, dan pengikut yang mengikuti syaitan dinamakan kafir. Harapan saya, para pembaca jelas dan maklum tentang real politik yang saya maksudkan.

6) Untuk memudahkan dan memaksimakan kefahaman para pembaca, saya telah mengariskan susunan tajuk artikel pada runangan "Content". Pembaca digalakkan untuk membaca mengikut aturan yang telah saya letak senaraikan disana.

7) Diingatkan bahawa saya hanya menulis di blog ini (Generasi Pembaharuan Malaysia) sahaja, Sekiranya pembaca menjumpai nama ‘Generasi Pembaharuan Malaysia' pada blog-blog lain dan laman-laman sosial ia adalah kebetulan sahaja dan kemungkinan pemilik blog itu mempunyai tujuan yang sama tetapi bawaan yang lain. WaAllahu'alam

8) Oleh itu, dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim saya mulakan agenda ini. Selamat membaca, berfikir dan beramal. InsyaAllah 'Era Pembaharuan' itu akan menjadi realiti , bukan fantasi atau angan-angan kosong sahaja.