Interaktif label

Sabtu, 14 November 2009

Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;


"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.


Beritindaklah sekarang untuk menyelamatkan GAZA



Ya Allah, selamatkanlah saudara2 kami di Palestine, hancurkan tentera Kuffar! Amin..

Ahad, 8 November 2009

PAS mendekati remaja



Syabas dan tahniah kepada ahli2 pas yang terlibat dalam menjayakan program futsal yang diadakan di Pulau Pinang pada 8 Nov 2009. Bagi saya pendekatan sebegini memang sangat berkesan untuk menarik minat remaja2 untuk lebih terbuka dalam menerima PAS sebagai parti yang memerintah pada masa akan datang. Kita seringkali mencari kesalahan yang dilakukan oleh parti BN, tapi kita jarang untuk mengambil kesempatan untuk lebih mendekati rakyat dengan lebih efektif dan efisyen.

Saya berharap pada masa akan datang, PAS dan juga PR akan lebih aktif untuk menganjurkan aktiviti2 yang dapat mendekati semua peringkat masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dalam berdakwah, tapi seimbang dari semua aspek seperti sukan, pendidikan, teknologi maklumat, perlancongan dan banyak lagi. Natijahnya, masyarakat akan memahami apa yang diperjuangkan oleh PAS itu sendiri. Bukan semata2 untuk masyarakat islam atau pihak tertentu, malah demi keseluruhan peringkat masyarakat.

Sabtu, 7 November 2009

Peringatan buat pemimpin PAS

Assalamualaikum w.b.t

Kita digegarkan oleh media massa yang menyatakan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan lancangnya telah 'mengkritik pedas' terhadap kepimpinan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (TGHA). Berikutan dari insiden tersebut, Majlis tertinggi PAS telah mengadakan seminar politik khas untuk membincangkan pelbagai isu politik dalaman PAS.

Pelbagai isu telah di ketengahkan dan setiap isu dibahas secara intelektual oleh cendiakawan, ulama', dan ahli politik. Bagaimana pon, kita jelas antara isu utamanya ialah berkenaan dengan "statement" yang dikeluarkan oleh Prof DR Aziz mengenai kepimpinan TGAH yang kurang memberansangkan.

Tergerak saya untuk memberi sedikit pendapat setelah sekian lama memerhati melalui media2 utama (MalaysiaKini, Harakahdail & Berita Harian) negara kita. Berdasarkan hujah2 yang diketengahkan oleh Prof Dr Aziz, ianya membuatkan saya terfikir sejenak.. Walaupun hati saya tidak menyukai beberapa perkara yang diperkatakan olehnya, tapi dari sudut perspektif "logic base on history", beliau telah memberi satu pandangan yang dapat memperbaiki PAS itu sendiri dan mungkin ade kebenarannya.

Kebelakangan ini, arena politik PAS menampakkan kepincangan dikalangan pihak pemimpin.. Mana tak nya, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz (TGNA) sendiri mengemukakan usul untuk mengadakan sidang tergempar untuk "menghukum" pemimpin atasan yang terbabit dalam isu merenggangkan hubungan antara Parti2 Pakatan Rakyat.. Isunya ialah Kerajaan Perpaduan dan isu Arak di Selangor.

Suka saya ingin mengingatkan para pemimpin PAS agar lebih berwaspada dalam membuat keputusan berkaitan dengan masa depan PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Sebaik2nya jika mereka menjadikan manifesto yang dikemukakan semasa muktamar tahunan sebagai garis panduan dalam menyebarkan dakwah dan berpolitik.

Saya bukan membangkang isu2 TGHA dan Dr Hassan Ali kemukakan. Memang menjadi kewajipan kita untuk mencegah kemungkaran (isu arak) dan mewujudkan perpaduan sesama parti Melayu (Kerajaan Perpaduan). Tapi biarlah kita berstrategi dan setiap tindakan kita diperhalusi sebaik2 yang mungkin, dan berstrategi bukannya perlu melulu dan membuta luli. Bukan bermakna kita dapat memerintah kerajaan Malaysia hari ini, maka esok hukum hudud dijalankan, cukai orang non-muslim mesti dikutip dan sebagainya. Ianya mesti berperingkat bukan melulu. Walaupun kita jelas, jentera kerja PAS bergitu kukuh, tapi tanpa Pakatan Rakyat, We're nothing.. No Selangor, No Perak. Jadi, Parti PAS sendiri sudah bersetuju bersekutu di bawah naugan PR. Jadi mengapa kita pula yang mencari jalan untuk memecah belahan Pakatan itu?? Yang penting kita berstategi, banyak yang kita dapat daripada berpakatan dengan PK dan DAP. Kalau nak ikutkan dasar perjuangan sebenar PAS tanpa strategi, kita bukanla pilihan rakyat majoriti. Jadi 'Stick to the plan' dan bersabar. Tunggu waktunya akan tiba, kitalah 'ekor' kepada negara2 Islam dan 'ekor' inilah yang akan melibas bahagian tubuh yang lain untuk bangkit dan bangun menegakkan syariat ALLAH s.w.t

Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri.. Wallahua'lam...