Interaktif label

Ahad, 8 November 2009

PAS mendekati remaja



Syabas dan tahniah kepada ahli2 pas yang terlibat dalam menjayakan program futsal yang diadakan di Pulau Pinang pada 8 Nov 2009. Bagi saya pendekatan sebegini memang sangat berkesan untuk menarik minat remaja2 untuk lebih terbuka dalam menerima PAS sebagai parti yang memerintah pada masa akan datang. Kita seringkali mencari kesalahan yang dilakukan oleh parti BN, tapi kita jarang untuk mengambil kesempatan untuk lebih mendekati rakyat dengan lebih efektif dan efisyen.

Saya berharap pada masa akan datang, PAS dan juga PR akan lebih aktif untuk menganjurkan aktiviti2 yang dapat mendekati semua peringkat masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dalam berdakwah, tapi seimbang dari semua aspek seperti sukan, pendidikan, teknologi maklumat, perlancongan dan banyak lagi. Natijahnya, masyarakat akan memahami apa yang diperjuangkan oleh PAS itu sendiri. Bukan semata2 untuk masyarakat islam atau pihak tertentu, malah demi keseluruhan peringkat masyarakat.